Pada awalnya, tujuan berblogging ini adalah untuk mengembangkan rangkaian bisnes saya. Tetapi semakin lama saya ceburi dalam bidang IT ini, semakin tinggi minat saya untuk menjadi penulis dan berkongsi ilmu saya dengan pembaca sekalian.
Saya merupakan pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, mengambil kursus Mechatronics Engineering. Mengambil kursus ini bukanlah penghalang bagi saya untuk terus berblogging, dimana saya telah ceburi sejak tahun pertama lagi. Banyak ilmu termasuklah hal bisnes internet yang saya pelajari sejak mula berblogging ini antaranya Ebay. Lama kemudian, saya mula memahami bagaimana duit boleh dijana dengan begitu banyak melalui internet.
Sekarang, saya telah membuka perniagaan besar yang bernama USANA Health Science dimana saya menfokus dalam menjual produk-produk kesihatan yang terulung di dunia. Bermula daripada titik mula perniagaan ini, saya mula menanam impian untuk menjadikan internet sebagai agen penjual produk-produk saya.
Doakan saya moga kejayaan akan mengiringi saya suatu hari nanti. Sekian.
Hasbullah Hamizan

0 comment(s):
Post a Comment
"Everybody can comment", Anda tidak dibenarkan mengeluarkan ayat-ayat yang berunsur lucah dan juga sewaktu dengannya. Terima kasih dan enjoy!!