27 December 2008

1430 Hijrah

thanks to Daz sebab bagi kad ni..moga ukhuwwah ini berpanjangan =)

26 December 2008

Parking lot baik punya

Kejadian ni berlaku di UIAM.
Kat area blok hostel aku.
Tengah balik dari kelas, ternampak lori ni sendirian kat area tu..
Oh tengah parking rupanya..nak hantar roti.





Kesian lori ni. Nak panjat balik tak larat. Nak tolak, badan aku kecik je, mana larat.
Last2 datang la tow truck sampai 2 bijik nak tarik lori tu.
Cerita dia macam ni.
Diorang dah park kat atas tu.
Lepas tu, dah setel semua kerja, macam biasa la, nak pulang ke kilang dia.
Time nak start enjin tu, lori tu still dalam gear (gear satu la kot).
Dah tu meloncat la lori tu masuk ke ke gaung mini ni..
Itu apa yang mereka ceritakan la..
Okeh, laporan berita ini dari Karam Sing Walia, TV3..




AWARD : BLOGGERS PALING MESRA 2008

thanx kepada luthtextile..ingatkan tak layak..hehehe

25 December 2008

Baling la kasut lagi kat dia..

Jom baling kasut kat dia. hehe..klik sini.

24 December 2008

Pantang larang

Selalu kalau aku balik kampung, mesti terdengar macam-macam pantang larang..
entah betul entah tidak..
tapi kebanyakkannya dongeng semata-mata la..

"Jangan potong kuku dalam gelap...nanti kena kejar dek harimau.."

aku pernah potong kuku dalam gelap, tak nampak pun rimau..
teringin gak nak tengok live harimau kejar aku..haha

"Jangan duduk kat tangga..nanti hantu langkah.."

Kes ni aku tak berani la nak cuba-cuba waktu kecik2 dulu..
setakat rimau tu boleh la cabar..kalau antu, jangaaaannnnn... (ni time aku skola rendah)

"Kanak-kanak jangan solat kat saf orang dewasa..nanti putus saf..."

ha kes ni aku tak suka sebab kecik2 dulu aku pernah kena halau sebab solat sebelah ayah aku..putus saf..kat kampung aku, imam masjid akan mention pasal ni..betul ke putus saf?

ni infonya kalau korang nak tau.. klik sini

Waktu aku dah dewasa sikit, ada lagi pantang larang baru aku dengar..

"Nak mandi wajib, kena mandi berdiri atas kerusi..kalau tak nanti air mandi mengalir kena kaki, batal mandi wajib tu..."

Pelik benar. Yeke? Aku tak percaya kalau takda nas.

Apa lagi ye?

21 December 2008

Sekarang? 2009 la..

Thank you to ehe kerana memberi ole-ole ni..hehe ni hadiah ke-2 ni..fuhh..

Hari kucing! Comel-comel belako..


Cerita dia macam ni..
Hari 21 Disember, ada pertandingan kucing..

tu ha ramai gila..yg kaler oren2 tu sangkar kucing..jom turun!

Kucing ni evaluate mengikut:
1)Immune system health
2)Digestive health
3)Clear eyes & strong heart

4)Energy for life

5)Complete & balanced
6)Dental defence

tengah evaluate oleh mat salleh mana ntah..

Ok. Jangan risau sebab aku ada amik gambar2 kucing ni..
so aku nak kategorikan sendiri untuk kucing2 ni..
antaranya...

1) Kucing kena tumbuk
2) Kucing penyapu
3) Kucing suspen
4) Kucing pemalas
5) Kucing kena pulau

kucing ni dah jadi wallpaper aku..hehe

Ok kita start evaluate..


ni kucing pemalas..tidur je sepanjang pertandingan..


ni kucing penyapu..dapat kat aku, habis aku wat lap meja..=p


kucing ni maybe kena tumbuk dgn tuan dia kot..


peliknya..sian dia kena pulau..tengok muka dia..siannn


ni kucing suspen..takut gila nak capture gambar dia..

banyak lagi kalau korang nak tengok. Klik sini tengok profile flikr aku.

macam-macam kerenah kucing time ni. Ada jugak yang berak dalam sangkar.
haha..dah la tengah bertanding..biadap betul meow ni..

ha ada satu lagi gambar yang pelik kat sini..

ada mak nyah rupanya..(baju pink tu..jangan tertipu..)

hehe apa2 pun yang terbaik adalah kucing kat rumah aku..=)





Related entry: fyka

Tunjuk tunjuk

tu ha antu tu..

Hari ni nak share sikit pasal idea post baru aku nih.
Pasal tunjuk-tunjuk..

Kalau korang nak tunjuk sesuatu kan, cara apa yg korang guna?
Adakah dengan tunjuk jari macam dalam gambar di atas?

Atau tunjuk jari cara ni?

ko nampak antu yang comel tu? tu...

Orang melayu selalu cakap (ni apa yg aku dengar la)
"Jangan tunjuk guna jari telunjuk..kasar tu..guna ibu jari, sopan sikit.."

Rasanya tu adat Melayu kita je kot..sebenarnya tak salah pon nak tunjuk macamana pon.
Tapi biarlah berpada-pada, janganla sampai nampak kasar sangat.

Kalau korang nak tunjuk sesuatu yang ada kat tanah?
Macam batu ke..korang mesti nak tunjuk camni kan?

tu ha hantu yang pendek..tak nampak?

Ok. Kalau tangan korang penuh dengan barang-barang.
Pastu ada pulak orang tanya korang pasal direction..
so no choice la kan..korang akan tunjuk plak dengan cara camni..

tu ha hantu sebelah aku..tuuu

Macam-macam cara nak tunjuk tunjuk ni ha..pakai telunjuk jari..pakai ibu jari..pakai ibu jari kaki (tak senonoh la tu)..pakai bibir pun ada..huahua

Jadi apa sahaja cara korang nak tunjuk, tunjuk la..asalkan nampak ok dan comel.
Sebenarnya ada lagi cara tunjuk dalam post ni..pakai siku, pakai bahu pun ada..
Tapi takpelah..takmau bergambar lagi..malu..=p

Banyak kan cara tunjuk tunjuk ni? =)

20 December 2008

My latest video



Nak tempah satu video? Contact me..
Price between RM100 - RM1000

http://www.youtube.com/user/hasbimendez

My birthday gift

From ehe..thank u so much! :)

19 December 2008

Soalan cepu emas (edited)

Tagged by nurilahi.


Every question is referring to 1 person.
Oh yeke..ok i'm ready! 1,2,3 go!

1. What is the relationship of you and him/her?
Aiseh..hm rapat bagaikan monitor dan keyboardnye..=p

2. Your 5 impressions towards him/her.
- pandai berhujah
- kreatif
- funny
- caring~
-perfect! =)

3. The most memorable things he/she had done for you.
wish birthday

4. The most memorable things he/she have said to you?
he/she said that i'm handsome and cute..haha

5. If he/she become your lover, you will...
jaga dia elok2, taknak bagi calar sikit pon..=p

6. If he/she become your enemy, you will...
cubit2 die

7. If he/she become your lover, he/she has to improve on...
nothing coz gue pilih dia sebab sifatnya
kalau improve kat wajah pun tak perlu kot..heh

8. If he/she become your enemy, the reason is...
sebab taknak ngaku yg gue comel..huahuahua

9. The most desirable thing to do on him/her is?
bawak jalan2 kat atas awan..hehe

10. The overall impression of him/her is...
best best best..janganla pisahkan kami..huhu

11. How do you think the people around you will feel about you?
tak suke kot..

12. The character of you for yourself is?
semangat dan happy-go-lucky! :D

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
cepat sangat down...

14. The most ideal person that you wanna be is?
coming soon..(taktau la)

15. For the people who care about and likes you, say something about them.
thank you. i love u.

16. Ten people to tag?
jangan buat2 tak perasan lak..=p


1. adik aku (fyka)
2. neo
3. raihan
4. lieza
5. syafiq rahman
6. naheed
7. kak farah :)
8. kak fizah
9. rehe
10. shaq

17. Who is no. 2 having a relationship with?
She can tell..ask him la..=p

18. Is no. 3 a male or a female?
Female..

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
insyaAllah..:)

20. How about no. 5 and 8?
hm..maybe..

21. What is no. 1 studying about?
macam abg dia..hehe

22. Is no. 4 single?
apsal tanya? ha ade pape eh..=p

23. Say something about no. 6
best friend ku since matric..:)


Tagged by huda

1. What's your full name?
~ Hasbullah Hamizan..apsal tnye?

2. Do you hate someone at this moment?

~ hm..takdekot..

3. What makes you hate her/him?

~ dah takde..takle la jawab..hehe

4. You love your family?

~ Yup

5. List 5 names of your friends that you love.

~ kawan 1, kawan 2, kawan 3, kawan 4, kawan 5..tak cukup lagi ni..

6. Why do you love them?

~ sebab aku bosan je mesti pegi kat diorang

7. Who do you prefer, your dad or mom?

~ Ayah aku pendiam, mak aku garang..tapi kalau aku sedih, aku gi kat mak. Kalau tension, aku gi kat ayah..balance lah..

8. Did someone make you cry this week?

~ not someone but something..(pasir masuk mata) =p

9. When was the last time you make your friend laugh?

~ Tadi time kawad kaki. Aku salah sebut hormat. Aku sebut tabik..heh

10. Do you like someone at this moment?

~ Yes

11. What was the last present you received?

~ pujukan..hehe

12. Are you missing someone?

~ Yes

13. What was the last message did you received from your ex-girlfriend/boyfriend?

~ uish..biarlah rahsia...

14. What was the last comment you received?

~ tak ingat plak..

15. What is your wish for your birthday this year?

~ Nak kuda yang bole terbang



Aik apa plak ni? Tag lagi..


1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

+ hasbimendez
+ It's a long story

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

+ http://hasbimendez.blogspot.com/
+ taknak gitau. biarlah ia menjadi satu misteri..hehehe

3) Apakah method penulisan dalam blog anda?

+ Umum

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
+ eh buat apa..tak pernah pun.

5) Apakah pendapat anda tentang bl0g 0rg yang tag anda ini?

+ Not bad la..tapi blog dia tak umum sgt la..tak sesuai utk dibaca oleh smua org.

6) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag.

Aku rasa taknak tag sape2 kot..kes tag ni dah lama sgt..org dah bosan. kang aku kena marah plak ngn depa..huhuhu

18 December 2008

RM36m shoes flung at Bush


Keluar paper The Star hari ini, kasut yang dikatakan terbang ke arah Bush pada hari yang lepas (heh..) sekarang telah dilelong sehingga RM36 million!!

Siapa nak beli?
Boleh masuk muzium tu..
Boleh dapat sepasang, kiri dan kanan!

=)

Teruskanlah berjuang..

Apa? Aerospace?
Malaysia mana support Aerospace..

Adeh kecewanya bila ada orang cakap macamtu..
Tapi ada juga yang berkata

Malaysia ni makin maju..mana tau nanti kita nak bina roket sendiri..
Aerospace la yang main peranan..

Lega sikit hati ni..

Walau apa jua sekalipun..

Ayah aku akan terus berkata, "Teruskanlah...".
Walaupun kata-kata itu tidak lengkap, tapi maksudnya tetap sama iaitu..

TERUSKANLAH BERJUANG.


Sedikit cerita:
"Ayah aku graduate dari universiti luar negara di USA. Degree in Automotive Engineering. Dia dapat anugerah pelajar terbaik kat sana. Final year project dia, dia telah mencipta sebuah kerusi roda robot (untuk OKU) yang boleh menaiki tangga. Dan universiti tersebut telah mengambil karya ayah aku ni untuk taruk kat showroom dia..itu yang membanggakan aku. =) "


17 December 2008

Khurafat ke syirik?


"seorg anak kecil ditemukan di acheh barat, di tubuh anak itu terdapat tulisan nama Allah, dan anak itupun bisa bicara dgn binatang apapun, ini tanda kiamat, dunia ini hampir dekat, sebarkan berita ini ke 10 orang, insyaAllah dalam jangka 10 hari anda akan mendapat rezeki besar, kalau tidak anda akan mendapat kesulitan tanpa henti, ini amanah, jangan diremehkan."

Sudah berpuluh-puluh kali aku terima SMS seperti begini. Dan juga puluhan jenis SMS yang seakan dengan teks di atas. Apa ni?? huhu..

Khurafat ke syirik ke apa? Selanjutnya di sini.

Post ini dimiliki oleh Nurhasanah Mazalan.

16 December 2008

Perhatian! Aku dah terkena!

worm

Computer aku dah kena penyakit ini. Berjaga-jaga ye apabila hendak membuka email korang. Habis semua program yang dah diinstall ditukarkan menjadi virus. Dan dengan serta merta, antivirus aku ini delete semua virus termasuk program-program di komputer aku. Virus ini bernama Tanatos.

http://www.viruslist.com/en/viruslist.html?id=52245

Terpaksa install balik YM aku..
Terpaksa install balik Photoshop cs3 aku..
Terpaksa install balik Mozilla aku..
Terpaksa terpaksa dan terpaksa...

=(

Dah tua dah...

Hari ini bersamaan 16 Disember 2008 adalah hari ulang tahun kelahiran ayahku..

Dah masuk umur 44 tahun. Dah tua dah..huhu

Ni surat beranak ayah aku..kelahiran pada 16 Disember 1964..(hehehehe)



Sekarang baru pukul 2 petang. Ayah pulang dari tempat kerja lepas Maghrib. Shhh..nak buat surprise sikit nanti..=)

Kenangan dalam Kenangan

Sekian lama bangunan Khadijah College di Pusat Asasi UIAM, Petaling Jaya tidak di'upgrade' memandangkan kos yang diperlukannya sangatlah tinggi. Kini ia telah berwajahkan baru. Hampir RM 1juta diperuntukkan untuk mengecat bangunan ini.

KC (Khadijah College) yang dah berwajah baru

Bahagian yang belum dicat lagi

15 December 2008

Kereta Api Terapung!

Tahukah anda?

Maglev train telah dicipta oleh warga Jepun pada tahun 2003. Kelajuan maksimanya boleh mencecah 581km/j. Train ini bergerak TANPA roda dan hanya bergerak secara terapung di atas landasannya.

Train ini menggunakan konsep magnetik yang mampu menggerakkannya di atas landasan tanpa sebarang halangan geseran.

Superconducting material

Video ini menceritakan bagaimana konsep magnetik ini dijalankan. Ia adalah superconducting material (baru belajar semester lepas..hehe). Lihat video di bawah.




Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh pergi ke youtube.com dan search dengan keyword 'Maglev'. =)

14 December 2008

Itulah diriku..

Rujukan dari

Nak jadi camni tak?

To all men out there, korang nak jadi camni tak?

klik->http://iamthereasontheygawk.blogspot.com/


Taknak? So, tips nak mengelak masalah ni:-

1) Jogging setiap pagi.
2) Kurangkan makan makanan berlemak
3) Jangan tidur lama sangat
4) Rajin2 la bersenam, buat sit-up ke, push-up ke..
5) Amalkan pemakanan yang seimbang..

hehe..

Mangsa ragut dalam lif


Macam ni la nak lawan balik. Hehe..

Buat bom dengan kentut?



Tahukah anda?

Jika anda kentut secara konsisten selama 6 tahun 9 bulan, anda akan menghasilkan gas yang cukup untuk mencipta tenaga yang diperlukan dalam membuat bom atom.

13 December 2008

Seruan Ilahi

Aku ada cerita sedih.

Pada 6 Disember yang lalu, aku dan family pulang ke kampung. Yelah, dah lama tak balik. Ni pun sebab raya Eidul Adha ni. Ayah aku ada beli lembu seekor untuk disembelih di kampung itu.

Kampung ku terletak di Negeri Sembilan. Memang ayah aku orang 'nogori'.

Pada malam raya, iaitu pada 7 Disember, aku dan ayah ditemani bapa saudaraku pergi ke masjid berdekatan kampung aku untuk solat Maghrib berjemaah. Dan juga solat Isyak. Tiba-tiba sesudah sahaja bersembahyang (termasuk takbir raya), aku terdengar kekecohan di pintu masjid.

Aku nampak ada orang ramai sedang mengusung jenazah. "Eh, ada orang meninggal dunia pada malam raya ni? Sedihnya..", bisik hati aku.

Kami pun solat lah untuk jenazah tersebut. Memang suram sungguh suasana malam tu. Keluarga Allahyarham dan rakan-rakannya semuanya ada, menangis teresak-esak. Aku tidak mampu berkata apa-apa, sekadar diam sahaja.

Selepas itu, kami pun pergi membawa jenazah tersebut ke tanah perkuburan. Aku melihat semua ahli keluarganya. Ibunya sedang menangis seperti tidak dapat mengawal diri. Kadang-kadang hendak pengsan. Mana taknya, baru tadi ibunya mendapat panggilan yang anaknya terlibat dalam kemalangan.

Sangat sedih.

Ketika imam membaca Talkin, ibunya semakin resah dan menangis teresak-esak sehingga mengganggu imam tersebut. Lantas bapanya (datuk kepada si mati) memujuk dan berkata, "Sabar..tenangkan diri. Allah lebih sayangkan dia.....". Kata datuk tersebut dengan nada yang sedang menahan sebak.

Aku juga ternampak adik-beradik dan rakan-rakan arwah yang sedang menangis. Rakan-rakan tersebut adalah housemate si arwah di Kuala Lumpur. Arwah tersebut meninggal dunia di KL sana dan dibawa ke kampung untuk dikuburkan di sini.

Sesudah habis, aku teringin untuk tahu apa yang berlaku sebenarnya. Kebetulan pula, datuk si arwah ini berkongsi cerita dengan kami semua.

Ceritanya begini. Arwah ini hendak pulang ke kampungnya. Tetapi sebelum itu, arwah tersebut hendak pergi ke rumah kakaknya di Bukit Antarabangsa dengan menaiki motor. Niatnya hendaklah pulang bersama dengan menaiki bas.

Ketika dalam perjalanan, tiba-tiba ada sebuah kereta merempuh motorsikal tersebut sehingga arwah terpelanting masuk ke dalam longkang. Apa yang menyedihkan, kereta tersebut lari tanpa berfikir apa-apa. Mungkin kerana ketakutan.

Tiada siapa yang menjumpai arwah tersebut, tetapi dengan pertolongan daripada Allah S.W.T, arwah tersebut tidaklah begitu lama di tempat kejadian, tetapi telah dijumpai oleh anggota polis selang beberapa jam kemudian. Arwah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Datuk itu berkata, "Tadi bila dapat panggilan bagitahu dia dah meninggal dunia, dada pakcik ni terasa macam.......". "Yelah, saya faham. Sabar ye pakcik..", kata seorang pemuda.

"Itulah bahaya naik motorsikal. Sekarang Hasbi faham tak kenapa ayah tak bagi Hasbi naik motorsikal", kata ayah kepada aku. Aku cuma diam sahaja.

Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada si arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya. Ameen~

12 December 2008

Touch n Go

Lelaki sekarang memang ramai yang kurang ajar. Suka mengambil kesempatan terhadap kaum wanita. Tak faham aku dengan mereka. Aku juga lelaki, tapi aku baik. (chewah)

Asal tempat ramai orang je, mesti nak ambil kesempatan. Dalam komuter, kat pasar, mana-mana je tempat yang sesak dengan orang ramai, si jantan ni mesti nak ambil kesempatan membuat perkara tak senonoh terhadap kaum wanita. Raba, pegang, dan macam-macam lagi. TOUCH N GO lah kononnya.

Berjaga-jagalah wahai kaum wanita daripada buaya-buaya durjana ini. Sekarang mungkin TOUCH N GO, taktau la esok dah advance, nak pakai SMART TAG pulak.

11 December 2008

Salah ke berpegangan tangan?

pegang tangan

Sungguh lucu sekali hendak membincangkan tentang isu begini. Bukan apa, kes 'pegang tangan' ini dah jadi benda biasa di UIA.

Sering kali aku ternampak lelaki dengan lelaki berpegangan tangan. Lantas aku terfikir, "apalah dia orang ini, tak malu ke?". Apatah lagi kalau kaum perempuan yang nampak, sudah tentu mereka akan berkata, "Eww, gay ke apa dia orang ini!!".

Hati ku ketawa. Pernah juga terlintas di kepala aku, kenapa kita mengutuk mereka yang berpegangan tangan itu sedangkan ia tidaklah haram. Salah ke kalau berpegangan tangan sesama LELAKI?

Biasanya rakyat kita, terutamanya kaum Melayu, jarang berpegangan tangan sesama lelaki. Kes ini banyak berlaku diantara 'foreigners' sama ada orang Vietnam, Myanmar, dan juga Arab.

Soalnya, apa yang peliknya berpegangan tangan sesama lelaki. Salah ke berpegangan tangan seperti itu?

Tergelak aku.

Digi , Celcom dan Maxis


Digi Celcom Maxis

Memandangkan sekarang kita dah boleh tukar perkhidmatan dengan mengekalkan nombor yang sama. Nak tukar line ni. Jadi, yang manakah pilihan yang lebih bijak?

Adakah Digi?

Adakah Celcom?

Ataupun Maxis?

Hm..apa reasonnya?

Cuti dah nak habis!



Alamak..kena start baca buku balik...

Cuti sebulan ni tak cukup la..

Even ni cuti paling lama UIA pernah bagi, tapi still tak puas..

Kenapa ya?

Maybe aku tak ready nak hadapi sem depan..

Ah, takutnya nak hadapi cabaran yang akan datang..

(Hatiku mengeluh)

06 December 2008

[Toturial] Gantikan logo Blogger dengan logo anda

Anda sudah tentu dengan logo blogger atau pun blogger pavicon anda. Di sini saya akan memberikan sedikit toturial yang simple dan mudah, bagaimana anda boleh menggantikan logo "B" yang berwarna oren itu dengan logo yang anda create sendiri.

Contoh seperti di bawah:

Caranya:
1) Reka logo anda sendiri dengan menggunakan photoshop, atau apa-apa perisian yang anda mahir. Pastikan resolution logo tersebut adalah 22x22 pixels. Save kan dalam format png.




2)Upload icon tersebut di mana-mana laman web yang menyediakan perkhidmatan upload ini seperti, photobucket dan pages.google.com atau di mana-mana sahaja yang anda tahu. Saya meng'upload'kan logo ini di laman web saya sendiri di http://thedoramablog.com. Copy link lokasi logo anda tersebut.

3)Seterusnya, pergi ke Edit HTML di dalam dashboard blogger anda, dalam kategori Layout.

4)Cari code: <title><data:blog.pagetitle/></title>. Untuk memudahkan pencarian ini, tekan Ctrl+f.

5)Ini adalah code yang harus anda letakkan di bawah code yang anda cari tadi di step nombor 4.

<link href='URL of your icon file' rel='shortcut icon' type='image/vnd.microsoft.icon'/>

Gantikan 'URL of your icon file' kepada URL logo anda tadi. Jangan ubah code yang lain.

Contoh: lokasi logo saya ialah http://thedoramablog.com/images/HB2.png

<link href='http://thedoramablog.com/images/HB2.png' rel='shortcut icon' type='image/vnd.microsoft.icon'/>

6) Tekan butang SAVE TEMPLATE.

Itu sahaja. Selamat mencuba! =)

04 December 2008

Kemusykilan

Pada suatu ketika, ada 2 pemuda sedang menjamu selera..
Jam menunjukkan tepat 12 tengah hari..
2 pemuda ini bernama Mr. A dan Mr. B..
Mereka sedang makan di dalam dapur..

Mr. A: Aduh sikitnya lauk..tak best la..
Mr. B: (tidak berkata apa-apa)


Mr. A: Makan jela..
Mr. B: (senyum je)

Selesai makan.

Mr. A: Huhu..ko kenyang ke Mr. B?
Mr. B: Kenyang je..kenapa?

Mr. A: Aku tak kenyang langsung. dah la lauk sikit je.
Mr. B: Siapa bagi kenyang?

Mr. A: Err..kenapa ko tanya macamtu?



Mr. B senyum sindir dan lalu berkata


Mr. B: Aku tanya, siapa bagi kenyang?
Mr. A: Hm aku tau la..aku tau jawapan dia.

Mr. B: Ha siapa bagi kenyang?
Mr. A: Ala takyah la tanya soalan tu..

Mr. B: Siapa bagi kenyang??
Mr. A: Yela. . . .



Mr. A bermasam muka, lalu meneruskan dialognya


Mr. A: Allah yang bagi kenyang.....
Mr. B: Ha betul tu..(senyum kat Mr. A)


Tamat. =)

03 December 2008

Google Adwords

Ebook percuma buat anda. Sila klik pada link di bawah. Ia adalah

PERCUMA!!

Download now!

My 1st programme..

Program pertama yang bakal saya anjurkan adalah

Lawatan ke Les Copaque Production

Les Copaque Production adalah sebuah syarikat animasi yang ditubuhkan pada bulan December tahun 2005. Projek utama syarikat ini adalah menghasilkan filem animasi berbentuk 3D yang bertajuk "Geng: Pengembaraan Bermula". Ia akan menjadi satu filem animasi 3D yang pertama di Malaysia. Syarikat ini juga telah menghasilkan siri animasi 3D di kaca TV yang bertajuk "Upin dan Ipin".

Program lawatan ini akan dianjurkan pada pertengahan bulan Januari 2009 dan disertai oleh pelajar-pelajar jurusan kejuruteraan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Ini adalah kali pertama bagi Les Copaque Production untuk menerima lawatan daripada UIAM. Dengan usaha dan tawakal, insyaAllah program ini akan berjaya.

Upin dan IpinAnjuran Media Enginius 2009