18 February 2010

60,000 orang kerja tanam anggur


"50,000 lagi masih menganggur - Graduan IPT Islam didakwa kurang laris" Kosmo - 19 Ogos 2009

"16 Mei - 60,000 Graduan Masih Menganggur " Berita Harian.

Apalah nasib graduan-graduan ini untuk terus menganggur dan menganggur. Apakah tidak bermakna sijil-sijil ijazah yang bertahun lamanya untuk memilikinya?

Berita tersebut pernah aku baca dan yang terkini, tajuk utamanya ialah "60,000 graduan menganggur akan dibela" (tak silap aku la). Aku fikir punya fikir, macamana kerajaan nak bela mereka? Ekonomi gawat, syarikat banyak buang pekerja. Ada juga kilang-kilang yang menggantikan pekerjanya dengan robot yang diimport.

Pada 3 minggu yang lepas, aku telah menghadiri dalam Seminar Motivasi Keusahawanan PKNS yang dianjurkan oleh Kulliyyah of ICT dan Ma'ruf Club UIAM. Satu ayat yang bisa mencucuk hati aku ialah "How much income do you expect after you graduate?". Semua peserta bisu tak berkata-kata. Semua tahu akan kegawatan ekonomi yang boleh membuatkan mereka menganggur senasib dengan graduan-graduan sebelum kami.



Dari seminar ini, beliau (penceramah) menggalakkan untuk membiasakan diri dalam dunia perniagaan a.k.a bisnes. Mengikut pengalaman beliau, ketika di IPT, beliau memulakan bisnesnya dengan menjual assignments kepada rakan-rakannya. Hairan bukan? Tapi itulah bisnes.

Banyak bisnes yang cuba beliau ceburi dan sekarang, beliau masih berbisnes. Katanya, beliau berjaya mengumpul wang pulangan sebanyak RM500,000 sekarang! Itulah kelebihan perniagaan sepertimana yang diketahui, 9/10 adalah daripada perniagaan.

Kat UIA ni, ramai juga yang berbisnes. Ada yang jual gula-gula, keropok, milo, dan juga rokok! Macam-macam bisnes, termasuk juga MLM (MultiLevel Marketing), ada yang jual supplement (macam aku), dan sebagainya.

Semua ini adalah untuk memberi kita pengalaman tentang berbisnes. Bagi pandangan aku, andai kata aku 'dianggurkan' selepas menerima ijazah, atleast aku dah bina platform untuk aku membuat bisnes, menggunakan pengalaman yang ada, kepimpinan yang sedia ada, dan strategi, insya-Allah aku bukan diantara golongan graduan yang menanam anggur tersebut. Sekian.

Sharing is loving right. ;)

7 comment(s):

  1. ptt la busy kalah PM.. hehehe
    ko jual supplement ape?

    btw semoga berjaya!

    ReplyDelete
  2. izzah,

    supplement brand USANA. Terima kasih atas sokongan kau :)

    ReplyDelete
  3. Graduan IPT Islam didakwa kurang laris -> x patot..n x adil..

    bguslah bidang usahawan ni..tp kena byk sabaq...coz nk bejaya cam incik penceramah tu ada jatuh bgunnya jgk...

    btw, RM500,000...hmm...quite a number! huhu~

    all da bez incik hasbi..=)

    ReplyDelete
  4. ramai tanam anggur kat farmville skg.tambah coin tambah xp.. ari2 nek lvl.

    ReplyDelete
  5. Nurul muslimah,

    betul tu. Kita nampak kesenangan dia saje. Anyway, thank you. =)

    dazlaila,

    kalau la boleh convert coin tu jadi duit betul2 kan best..hehe

    ReplyDelete
  6. supplement usana?

    moga hasbi berjaya :), insyallah

    maksu suka anak2 maksu teroka bidang bisnes, sendiri usaha sendiri gembira. lipat ganda usaha, lipat ganda ceria, insyallah.

    moga2 rezeki graduan sekelian tetap terpelihara, jgn putus asa :)

    ReplyDelete
  7. Mak Su,

    terima kasih mak su. Doakan kejayaan kita bersama. =)

    ReplyDelete

"Everybody can comment", Anda tidak dibenarkan mengeluarkan ayat-ayat yang berunsur lucah dan juga sewaktu dengannya. Terima kasih dan enjoy!!