16 February 2010

Anda kenal dia ni?

Tahukah anda siapa tokoh-tokoh dunia? Kenapa tak tahu? hehe..

Hari ini saya ingin memperkenalkan kepada anda, Dr. Myron Wentz.

Dr Wentz dilahirkan pada tahun 1940, merupakan seorang pemegang ijazah Ph.D. dalam bidang mikrobiologi dan imunologi, merupakan peneroka terkenal antarabangsa dalam bidang pemeliharaan sel manusia untuk diagnosis penyakit berjangkit. Dr Wentz menubuhkan Gull Laboratories pada awal tahun 1970 dan menghabiskan tempoh 20 tahun untuk membangunkan produk diagnostik untuk digunakan di hospital dan makmal klinikal di merata dunia. Beliau merupakan doktor yang mencipta ‘test kit’ dan suntikan rubella yang hingga kini digunapakai oleh para doktor di dunia. Ini menjadikan beliau seorang pakar dalam bidang pemeliharaan sel manusia yang sihat.


Dari Peringkat Mendiagnosis Penyakit ke Tahap Mewujudkan Kesihatan Optimum

Walaupun berjaya dalam Gull Laboratories, Dr Wentz berhadapan dengan masalah ketidakpuasan diri dan juga masalah kesihatan peribadi. Beliau mendapat nasihat seorang rakan untuk memakan penokok zat yang seterusnya telah mengubah visi dan menukar haluan karier beliau. Memandangkan kedua-dua ibu bapa beliau meninggal akibat penyakit degeneratif, ahli sains dari North Dakota ini mengambil keputusan untuk mengubah haluan kepakaran beliau dari mendiagnosis penyakit ke bidang mempromosi kesihatan badan.

Mencatat Piawai Kecemerlangan yang Baru

Setelah mengetahui kepentingan zat yang baik terhadap fungsi sel yang optimum, Dr Wentz mulai menguji kehadiran penokok zat dalam makmal analitisnya. Beliau mendapati kebanyakan zat tidak dapat membekalkan nutrien yang mencukupi dan seimbang kepada badan manusia. Beliau juga mendapati zat-zat tersebut selalunya berkualiti rendah dan mempunyai kesan biologi yang lemah. Lantas, Dr Wentz menubuhkan USANA pada tahun 1992. Dia bercita-cita untuk membangunkan siri penokok zat yang seterusnya telah mengubah piawai kecemerlangan dalam industri berkenaan.

Berkongsi Visi Kesihatan


Sekarang, beribu-ribu orang di merata dunia berkongsi visi dengan Dr Wentz untuk menjaga kesihatan masing-masing melalui pemakanan yang baik, dan mereka yakin bahawa USANA dapat membawa kebahagiaan kepada keluarga mereka. Impian Dr Wentz untuk melahirkan “sebuah dunia yang bebas daripada kesengsaraan” telah mendorong beliau untuk menguruskan Sanoviv Medical Institute di Baja, Mexico, iaitu sebuah institusi perubatan yang canggih, begitu juga Wentz Medical Centre untuk kanak-kanak di Gaba, Uganda.

Apakah kejayaan Dr. Myron Wentz?


  • Beliau telah menubuhkan syarikat USANA Health Science, Inc. iaitu syarikat pemakanan tambahan (bebas dadah) NOMBOR 1 di dunia! (Tahukah anda?)

  • Beliau telah berjaya mencipta pemakanan tambahan yang boleh menyembuhkan penyakit berbahaya seperti kanser, diabetis, darah tinggi, asma, dan sebagainya. (Tahukah anda lagi sekali?)
  • Beliau telah berjaya mengeluarkan produk kecantikan yang bebas dari Paraben yang boleh menyebabkan kanser kulit.

  • Beliau telah menerima anugerah Albert Einstein pada tahun 2007.

p/s: saya akan postkan cerita mengenai syarikat USANA Health Science tersebut akan datang. Masih dalam kajian.

 
USANA Health Science, Inc. (founder: Dr. Myron Wentz, 1992)

“I was too late to help my father. I was too late to help my mother. But I think I am making contributions that are now allowing people to live the way they were intended to live: in health. I think I am helping people live their life to the fullest.”

4 comment(s):

"Everybody can comment", Anda tidak dibenarkan mengeluarkan ayat-ayat yang berunsur lucah dan juga sewaktu dengannya. Terima kasih dan enjoy!!