24 February 2010

Korang semua mamai la

Korang suka menyakat orang lain tak?

Aku memang suka sebab tu orang kata aku nakal orangnya. Sepanjang hidup aku menyakat orang, paling best sekali bila menyakat orang tengah mamai. Nak jadikan cerita, aku call dia pukul 7 pagi. Dia pun angkat beserta dengan suara mamai serak dia. Maka menyalalah mentol atas kepala aku ni beserta dengan tanduk setan yang merah membara..uhuk2 cerita lebat pulak.

Aku pun main2 la dengan dia. Tanya dia "dah solat subuh ke belum? dah ke belum?". Dia pun jawab "belum...". Aku tanya lagi (hehehe) "Belum ke dah??". Dia jawab "Dah..". Aku tanya lagi sekali "Dah ke belum..?". "Belum...." jawabnya. Hai kejap dah, kejap belum, confirm mamai. Dah tu aku borak2 la dengan dia, tiba2 terbukak la topik pasal keropok dan cikgu bola.

Keropok dan cikgu bola

Topik ni memang tak logik nak sembang pagi2. Tapi dah mamai, apa boleh buat? Aku layankan jela. Celah mana keropok?? Celah mana cikgu bola?? Mana ada orang main bola pagi2 macam ni! Mana ada keropok! Hahaha..ok habis cerita pertama. Cerita kedua.

Solat jumaat

Biasanya waktu dengar khutbah jumaat, member2 mesti tidur punya, kiri kanan aku. Kalau dia tidur nyenyak habis, memang start la point aku. Nak tau apa aku buat?

Aku tepuk peha dia slow2, dia pandang aku, aku pun tadah tangan baca doa (padahal time tu takda pun baca doa). Lepas tu, dia pun ikutlah tadah tangan sambil terlelap semula. Kadang2 tu bila tangan dia tadi jatuh ke bawah (yela dah lena kan..) aku pulak akan angkat balik tangan dia suruh tadah tangan tinggi2 sikit. Apa lagi, ketawa la member2 lain kiri kanan dia. Hahahaha..ok cerita seterusnya.

Memberku sorang yang sengal

Aku ada kawan, selalu datang bilik aku, kadang2 tertidur. Dia ni memang senang mamai, senang confuse antara dunia nyata dengan mimpi. Ada sekali tu dia tidur, aku pun tanya dia, "Zai (bukan nama sebenar), apa nama tajuk lagu yang kumpulan Lucky Laki nyanyi tu?". Dia membisu tapi separuh sedar. Aku tanya lagi, "Zai, Lucky Laki nyanyi lagu apa? Superman ke apa entah?".

"AKU BUKAN SUPERMAN..." oh dia menjawab jugak akhirnya. Setelah 15minit berlalu dia terjaga dari tidurnya. Kebetulan aku sedang pasang lagu The Lucky Laki - Aku bukan superman dilaptop aku lantas dia bersuara, "Eh kau dengar lagu ni, sama la macam dalam mimpi aku! Aku mimpi kau tanya aku pasal lagu ni kan??". "Aku memang tanya kau pun tadi. Ko je tak sedar tapi boleh pulak menjawab."

"Tak la. Tu mimpi aku. Sama macam dalam mimpi aku.". Malas aku layan.
Cerita lain pulak.

Aku mamai?

Time tu aku kusyuk tidur. Penat gila memang tak fikir apa dah. Tiba2 datang seorang kawan aku ni (yang sengal tadi) dan bertanya "Hasbi! Nak pakai laptop kau kejap. Mana kau taruk file tadi?". Aku tersedar, aku pun jawab la "Ada kat dalam hardisk external aku. Kau bukak file bla bla bla.." Secara tak sedar, aku terbebel. Entah cerita apa aku keluarkan.

Sedar2 je member aku sound, "Woi Hasbi! Kau bebel apa ni? Aku tak tanya pun!". Hahaha..tersengih aku.

Moral of the story

Berhati2 lah bila korang dalam keadaan mamai ye. ;)

TAMMAT.

8 comment(s):

  1. haha... mmg nakal tahap cipan..

    suatu ketika dulu dizaman kanak2 saya pernah mamai bangun berjalan tanpa buka mata.. bila org tanya : nak g mana tu? saya jawab : nak g kubur..
    huhu... diaorg pun tarik saya kembali untuk ke tempat tidur...huhu..

    ReplyDelete
  2. Lieza,

    Memang pun..huhu

    Firjah,

    Haha kalau lah diorang bawak pegi kubur tu, macamana? Bahaya tu..hehe

    ReplyDelete
  3. hahahhah..padan muka hasbi kena balik..tp nasib bek kawan tu x nek tanduk..
    hahahhaahha
    ..kalu x teruk hasbi dikenakan oleh kawna hasbi tu...
    tp agak2nye hasbi membebel apa ek...
    hehehhehe..+p

    ReplyDelete
  4. hahahhah..padan muka hasbi kena balik..tp nasib bek kawan tu x nek tanduk..
    hahahhaahha
    ..kalu x teruk hasbi dikenakan oleh kawna hasbi tu...
    tp agak2nye hasbi membebel apa ek...
    hehehhehe..+p

    ReplyDelete
  5. Dyan,

    Memang teruk la nanti dikerjakan oleh diorang. Hehe..bebel apa entah. Macam tengah marah seseorang. Beeeebeeeell je..hehehe

    ReplyDelete
  6. kelakar la..Tp,nakalnye,ske btol sakat org..akhirnye t'kene kt diri sndiri..tau pon..huhu

    ReplyDelete

"Everybody can comment", Anda tidak dibenarkan mengeluarkan ayat-ayat yang berunsur lucah dan juga sewaktu dengannya. Terima kasih dan enjoy!!