06 March 2010

Bila berkongsi dengan askar

Apa yang penting dalam askar, mental dan fizikal kedua-duanya mesti kuat dan kukuh!

Itulah apa yang saya rasa semalam. Hidup di dalam kehidupan askar yang sebenar.
Apa yang penting dalam askar, 5 perkara iaitu:


Masa

Dalam askar, tidak boleh lewat walaupun sesaat! Masa pada jam masing2 hendaklah sama dengan masa orang atasan. Apa yang dah berlaku, semalam tiba-tiba dipanggil untuk berbaris dan ketika itu jam telah menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Semestinya ada yang lewat.

Sementara menunggu si lewat tersebut datang, kami semua dibuli dan didenda seperti "pumping". Selagi tidak cukup ahli, selagi itu kami akan didenda. Kalau 45minit baru cukup, 45minit lah kami semua didenda teruk-teruk.

Pantas

Kepantasan dalam pergerakan setiap masa. Kemana-mana sahaja kami berlari terutama sekali bila hendak berbaris. Sesiapa yang didapati jalan lenggang kangkung akan didenda.

Disiplin

Pemakaian mesti kemas, berbaris mesti serius, tepati masa, itu semua kriteria-kriteria disiplin yang harus ada pada jiwa seorang askar. Pernah juga kami didenda pumping sehingga menggigil tangan ni, sebabnya, ada seorang dua bergurau senda di dalam baris. Hampeh.
Hormat

Hormat menghormati mengikut level tertentu. Junior mestilah hormat pada senior, senior harus hormat pada jurulatih, dan seterusnya. Ada juga junior yang bersikap kurang ajar dengan jurulatih. Habislah kena buli sampai lunyai kawan tu. Kesian..

Lay-out

Bilik kenalah kemas dan tersusun. Kasut mesti letak mengikut susunan, mesti kilat. Cadar tilam mesti la tegang sehingga kan duit 20sen boleh melantun atas tu. Ada sekali tu, blok perempuan semua kena denda kerana gagal meng"lay-out"kan bilik masing-masing. Spot check dibuat secara tiba-tiba. Aku mengintai mereka dari tingkap, melihat mereka didenda atas padang kawad.

**************

Ujian mental yang sangat menduga apabila kami didenda sehingga pukul 3 pagi. Mata kuyu, mengantuk akibat keletihan yang teramat. Nak bangun pukul 5.30pagi pulak. Alahai tensionnya. Memang aku taknak jadi askar.

6 comment(s):

  1. yaaa..hasbi x sesuai jadi askar..
    apa2 pun jadikan ia satu pgalaman palng bermakna..heheheeh =p

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Dyan,

    Hehe..terima kasih. Pengalaman yang sangat bermakna dan tak semua orang boleh dapat.

    ReplyDelete
  4. apa kata ko cerita pasal latihan komando.."perghh kedatangan mu tidak dialu alukan.." komando lg thrill

    ReplyDelete
  5. "lenggang kangkung" lol...
    bek benti je askar tu, men badminton lagi bagus takyah pindah dari zubir.
    jangan lupa lak ajak saril sekali...

    ReplyDelete
  6. Neo,

    nanti aku pergi latihan komando, aku akan kongsi ye..hehe

    raizero,

    datang la sini dulu..;)

    ReplyDelete

"Everybody can comment", Anda tidak dibenarkan mengeluarkan ayat-ayat yang berunsur lucah dan juga sewaktu dengannya. Terima kasih dan enjoy!!