16 March 2010

Kanak-kanak lelaki atau perempuan



Ketika aku bersiar-siar, aku sangat suka apabila melihat kanak-kanak yang sekitar umurnya dalam 1 hingga 3 tahun. Ada yang nakal, ada yang pasif. Jadi, kadang-kadang aku cuba membezakan antara baby boys and girls.

Kanak-kanak lelaki

-> Apabila si ayah mahu mengikat tali kasutnya, dilempar-lemparkan kasut tersebut kerana rimas tak boleh duduk diam.

-> Pabila dia tak dapat apa yang dia nak, dia akan duduk dan baring selamba atas lantai sambil menangis.

-> Bila mak ayah dia hilang, dia akan berlari-lari mencari mereka sambil menangis2.

-> Apabila ke surau, ayahnya meletakkan kasut ke dalam rak, anaknya akan ikut tetapi meletakkan kasut di atas kasut ayahnya.

-> Apabila tengah shopping, si anak suka menarik maknya ke kedai yang dia suka.




Kanak-kanak perempuan

-> Apabila ayahnya tengah duduk, si dia akan panjat dari belakang ayahnya dan peluk sambil menarik-narik ke belakang.

-> Apabila dia tak dapat sesuatu, dia akan menangis melompat-lompat tapi taklah senakal lelaki.

-> Kadang-kadang apabila orang yang tak dikenali, bermain mata dengannya, mimik mukanya akan berubah seakan-akan hendak menangis.

-> Ada juga yang jenis suka bebel seorang diri. Kita pun tak faham apa yang dia cakap. Bebel je. Hehe..

-> Mereka amat comel jika memakai tudung. =)



*ini cuma pendapatku sahaja, apa yang aku nampak bila aku keluar jalan-jalan ke KLCC dan sebagainya. Aku sukakan mereka. =)

**gambar-gambar tersebut adalah gambar yang original. Mereka adalah aku. =)

4 comment(s):

  1. Lorr gambar2 hasbi ke semua tu? Nampak lain sket masa kecik, hehe.

    Btw, ada satu yg agak ketara antara budak pempuan dan budak laki. Budak pempuan lebih overdose jual mahal banding budak laki. Datang dekat sikit, dah menangis panggil mak. Macam kan kita ni alien nak tangkap die bawak balik marikh jeh. Menyampah tol! Eh, emo tak pasal hak hak =p

    ReplyDelete
  2. hehe betul jugak tu. Pantang tenung mata dia. Rilek2..biasala perempuan kena ada sifat tu..;)

    ReplyDelete
  3. waa..comel la hasbi masa kecik..nasib bek la dh besar..kalu x..saya cubit pp budak hasbi ni..=p biar pp nya lagi tembam

    ReplyDelete
  4. bhaya nie..ske kanak2..
    ptt la makin byk kes mjdi2
    knk2 yg jd mgsa..ish2
    =p

    ReplyDelete

"Everybody can comment", Anda tidak dibenarkan mengeluarkan ayat-ayat yang berunsur lucah dan juga sewaktu dengannya. Terima kasih dan enjoy!!