
Pemergian Assoc. Prof. Dr. Wahyudi Martono selaku Head of Mechatronics Department membuatkan kami terasa. Beliau adalah satu-satunya pensyarah yang sangat sempoi. Senyumannya yang manis tanpa henti serit terpahat dalam memori kami.
Beliau dikatakan mengalami penyakit teruk dibahagian paru-parunya, dan dimasukkan ke dalam wad beberapa hari sebelum pemergian beliau buat selama-lamanya.
Saya masih teringat dia menegur saya, kerana memakai baju round neck untuk masuk ke dalam ofisnya. Tegurannya sangat bermakna dan lembut. Tiada sikit pun mimik muka yang marah, tetapi beliau hanya senyum, senyum, senyuuumm saja. Mat senyum agaknya Prof. ini. Hehe..
Pernah juga beliau mengajar saya dalam subjek System Dynamics. Dari situ saya mula mengenal beliau. Dengan gaya sempoinya, mengajar sambil senyum, aduh memang tak boleh lupa la wajah beliau!

Ingatkah kamu semua (khas untuk pelajar Mechatronics) ketika program Heart to Heart anjuran kelab kita, ramai pelajar melontarkan ketidakpuashatian mereka mengenai sistem pembelajaran kuliah. Pensyarah-pensyarah lain cuba menjawab lontaran mereka tadi tetapi tidak begitu berjaya sehinggalah Dr. Wahyudi pergi berdiri berhadapan dengan mereka.
Apa agaknya jawapan beliau ya?
Seingat saya inilah nasihat beliau yang terakhir pada pelajar-pelajar Mechatronics. Apa yang beliau jawab, "Gambatte kudasai!" sambil senyum pada kami. Gambatte kudasai yang bererti Try your best! Beliau menasihatkan agar apa jua sekalipun keadaan, yang penting kita harus mencuba sebaik mungkin untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Itulah nasihat beliau yang terakhir, Gambatte Kudasai! Ingat tu.
Kami semua mendoakan untukmu, Dr. Wahyudi Martono.


Dr. Wahyudi, kami semua sentiasa mengenangkan dirimu. Dia paling SEMPOI!
Sedekahkan Al-Fatihah. Moga rohnya dicucuri rahmat.
WE WILL NOT FORGET YOU DR. WAHYUDI MARTONO
Facebook Dr. Wahyudi Martono
ohh arwah ni indonesian ke? innalillah..semoga ditempatkan dalam kalangan yang masuk syurga
ReplyDeleteTurut merasa kehilangan di atas pemergian arwah. Namun Yang Maha Esa lebih menyayangi and kasihNya kekal hakiki.Segala ilmu yg dicurahkan semasa pembelajaran di kelas & fyp tetap di hati.
ReplyDeleteMay ALLAH bless you Prof. Dr. Wahyudi Martono T_T
neo,
ReplyDeleteya beliau warga indonesia. Amin ya Rabb.
Anony,
Sama-sama kita berdoa untuk Allahyarham Dr. Wahyudi.