
Pada siapa yang meminati dunia "Engineering", sudah tentu mereka minat untuk ke MetalTech 2010 ini. Ia dianjurkan di PWTC, Kuala Lumpur bermula 5 hingga 8 May 2010. Di dalam konvensyen ini, pelbagai teknologi-teknologi mesin yang baru yang diimport daripada Japan, Korea, Sweden, Itali, Germany, dan bermacam-macam lagi.
Teknologi hebat!
Di situ saya dapat memerhatikan teknologi pemotongan metal yang menggunakan laser. Lasernya berwarna merah sama seperti laser pointer yang biasa orang gunakan. Tetapi apa yang menakjubkan, laser ini mampu memotong metal itu dengan mudah!
Bayangkan betapa cahaya laser ini mampu memotong segala benda. Sangat canggih! Sudah tentu diantara daripada kamu yang tertanya-tanya tentang harganya. Percaya atau tidak, harganya sama seperti sebuah kereta mewah.Selain daripada mesin, ada juga yang mempamerkan alat-alat yang berteknologi tinggi. Yang ingin saya kongsikan adalah "Thermal Imaging". Ia adalah alat yang boleh mengesan suhu haba sesuatu benda.


Pernah tak anda menonton cerita Predator? Konsepnya sama seperti Predator mahu mengesan Alien.
Konsepnya adalah, setiap benda dalam dunia ini akan memantulkan infrared ke luar melalui haba, dan alat ini menerima infrared tersebut. Ketika saya memegang alat ini, seseorang berkata pada saya, "Apa yang kamu pegang itu adalah harga sebuah Perodua Kancil."
Paling saya kagum dalam konvensyen ini adalah robot kerana ia adalah bidang yang sedang saya pelajari sekarang. Robot-robot ini telah diprogramkan oleh manusia, dan pergerakannya sangat konsisten dan jitu.
Akhir kata,
Pelbagai-bagai lagi teknologi yang boleh dilihat di MetalTech 2010 ini. Ia akan dianjurkan pada setiap tahun dan tiap-tiap tahun mempunyai teknologi yang berlainan. Kepada masyarakat-masyarakat di luar sana, khususnya pelajar-pelajar yang mengambil bidang kejuruteraan ini, luangkanlah masa dengan majlis ilmu sebegini. Ketahuilah bahawa teknologi yang dibawa daripada luar ini adalah teknologi 10 tahun ke hadapan Malaysia.
laser cutting tu memang dah lama ada da. tapi aku pun tengok kat tv/tenet je la. tak penah tengok live.
ReplyDeleteaku pun pernah tengok kat tv. Bila tengok live, syok woo..hehe
ReplyDelete